BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Quotes Myspace Comments

Saturday, October 30, 2010

..Renungan beRsama..

~Niat taUbat meNukar aRak menJadi maDu~

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. 
                      Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar. 
Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. 
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! " 

[kAkak sY caNtik mCm MariLyn Monroe]



~kWang3...~

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...

ada lagi....

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

 ni pun best gak...
 
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...
"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"
Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan
perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan
bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi
kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan
harinya jikalau dia datang lagi.
Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan
mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya
bersembunyi sambil memegang senapang...
Lelaki itu terus bertanya..
"Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"
"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?"
jawab wanita itu dengan berani...
"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...
"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi
isteri saya!!!"

Friday, October 29, 2010

~Resepi haRi ini (kUih doraYaki)~



Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak



Inti:
kacang merah yg manis/ kaya



Cara Penyediaan:



Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).



Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).



Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya. 



Sedia untuk dihidangkan.


~SELAMAT MENCUBA ^^~

^^

..hatiKu sebEsar caWan..

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .
” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.
” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. “
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.
” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .
Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

~piSanG & haTi~

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.




Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan
biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu.
Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya”
beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.




Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan
akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu,
pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah
tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.”Okey
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Mayam.


Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-j auh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!

..Rahsia wAtak..

Anggota Tubuh

Tubuh yang berwarna merah lagi halus menandakan pemalu,berwarna hijau bercampur hitam berperangai jahat,putih kemerahan suka membuat pekerjaan dengan segera dan tubuh yang putih menandakan tidak baik
Rambut

Rambut yang keras menandakan seseorang itu perkasa dan mempunyai otak yang sihat,ikal dan hitam berkilat seseorang itu berakal sempurna kelakuannya,hitam menandakan berakal,lembut berpenyakit dan kurang akal,ikal kemerah-merahan degil dan tamak,kekuningan kurang akal dan cepat marah dan lambut yang lebat juga menandakan kurang akal fikiran
Kepala

Kepala yang besar menandakan seseorang itu berhemah tinggi,berakal,baik budi bicara dan tingkah-lakunya amat menyenangkan,dan sederhana besar menandakan berpengetahuan
Dahi

Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara, dahi yang sederhana dan berkerut-kerut bersikap jujur dan berakal fikiran,luas dan tidak mempunyai banyak urat suka berkelahi dan degil, dahi yang sempit kurang akal dan pendiam manakala yang bujur dan berkerut-kerut antara 2 kening menandakan orang itu sering 
berduka cita

Bulu Kening

Kening luas menandakan suka ketawa dan mempunyai ketajaman akal fikiran,sederhana berwarna hitam kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran,panjang tanda keras hati dan sombong,lebat banyak bercakap dan ria,yang bertemu keduanya suka membantah dan yang tinggi menandakan kurang akal dan angkuh
Mata

Mata yang jarang berkelip-kelip menandakan kesempurnaan akal fikiran,hitam menandakan akal fikiran,berbentuk sederhana kesempurnaan akal dan pandai berbicara,mata yang memandang seperti pandangan kanak-kanak dan mukanya umpama tersenyum menandakan lanjut usia,berkelip-kelip kelopak mata menandakan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mempunyai budi pekerti yang tinggi,mata yang tinggi suka menipu,lambat berkelip kurang akal dan pendiam,mata biru tidak malu dan tidak sopan,berwarna merah berani,biru kekuningan banyak melakukan kejahatan, berkelip-kelip dan biru berperangai iri hati dan suka buat fitnah dan mata merah seperti api dan berkelip-kelip suak mencuri dan menipu
Hidung

Hidung yang sederhana dan sedikit panjang menandakan berakal dan sentiasa memahami,rendah dan nipis suka berkelahi,tebal suka berdusta dan kurang memahami dan hidung yang luas tandanya suka menipu
Mulut

Mulut yang luas menandakan seseorang yang bersikap berani dan kuat dan mulut kecil berpenyakit


Bibir

Yang nipis sentiasa mengingati setiap pesanan,sederhana tanda kesempurnaan dan merah sentiasa melakukan kebajikan,tebal kurang akal dan degil manakala bibir yang pucat sentiasa berpenyakit
Gigi

Gigi yang sederhana menandakan jujur,berakal dan beramanah,yang jarang dan rata bersikap benar dan amanah,kecil bentuknya tanda banyak penyakit dan yang besar tidak amanah
Dagu

Dagu yang sederhan tandanya mempunyai kesempurnaan akal fikiran dan suka berbicara manakala dagu yang kurus tanda kurang akal,kurang bicara dan tidak gemar ambil tahu hal orang lain
Suara

Nyaring tanda berani,sederhana berakal dan bercakap benar,kurang ketawa dan sentiasa pendiam tanda beriman dan merdu tandanya bersikap menaruh dendam dalam hati
Pipi

Pipi yang sederhana menandakan kebajikan,tebal budi pekerti yang baik dan pipi yang nipis dan kekuningan suka tahu hal orang lain
Janggut

Janggut bundar dan pendek menandakan kesempurnaan akal dan pandai berbicara,lebat tanda berhemah tinggi,sederhan tanda kesempurnaan akal dan janggut yang jarang menandakan kuat menipu
Telingga

Yang besar tandanya berakal dan beringat dan kecil tandanya kurang berakal dan suka mencuri
Muka
Muka bujur menandakan jahat perangai

Leher

Leher yang sederhana tanda berakal,benar dan amanah,pendek jahat,dan panjang dan tirus tanda berpenyakit dan degil dan banyak kelihatan urat tandanya suka pemarah

Tapak Tangan


Tapak tangan dan jejari yang panjang menandakan berani dan berakal,lembut menandakan berilmu dan tajam fikiran,pendek kurang akal fikiran,nipis dan panjang degil dan tidak amanah dam tapak tangan dan tapak kaki yang lembut menandakan lemah anggota badannya
Dada
Dada yang sederhana tanda berakal dan baik bicara,bidang tanda berpenyakit, dan roma yang lebat pada dada dan perut menandakan kurang akal dan berperangai liar serta suka melakukan perbuatan jahat
Perut

Perut yang sederhana tanda selalu melakukan kebajikan,perut rata tanda berakal dan yang besar tanda degil dan berpenyakit
Pinggang
Pinggang nipis tandanya mengasihani perempuan,lembut lemah anggota badan,pejal dagingnya menandakan perangai baik dan lembut dagingnya tanda berani
Tumit

Tumit yang kecil adalah tanda bagi mereka yang selalu membuat kebaikan dan kebajikan

~kHasiat buah-buAhan tEmpataN~

Kurma


Hindar Gangguan Usus Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang


Merawat Kudis dan Luka
 Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Mangga



Penawar Penyakit Hernia Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

Belimbing



Merawat Kencing Manis Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Ciku



Penawar Buang Air Berdarah Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi - Pelbagai Khasiat.

Tembikai



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Betik


Selesaikan Sembelit - Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah KESIMPULAN Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.



~ maKanLah buah-buaHan tEmpatan ^^ ~

Wednesday, October 27, 2010

kAta uNtuk haRi ini..

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.






Tuesday, October 26, 2010

bHa


Ku Percaya Ada Cinta – Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti

Chorus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ulang *
Ulang Chorus
Ulang *

Ada hikmah yang pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanyaCinta suci yang abadi